Sunday, June 20, 2010

baby res2 bersosial


korang yang x kenal baby,dia pernah berlakon dengan lan a to z pada tahun 1998 filem yang bertajuk gemerlapan....layankan pic baby yang agak so-sial











jimmy shanley bersama tunangnya, suhaila



kepada gadis-gadis malaya yang meminati jimmy shanley,jangan bersedih apabila mendapat tahu yang jimmy sudah bertunang...ucap tahniah je ye....hahaha





cantik pelamin betunang

perut alyah buncit semacam


haha..entry yang agak kelakar... tp tak taw la nk kata macam mana..anda pikir la sendiri ye






azrinaz mazhar dicerai talak 1



berita yang agak mengejutkan sepanjang minggu ini apabila azrinaz mazhar diceraikan oleh sultan brunei dengan talak 1..azrinaz merupakan seorang bekas pembaca berita tv3 dan telah mendirikan rumah tangga bersama sultan brunei selama lima tahun dan mempunya 2 cahaya mata. beliau turut dilucutkan segala pingat dan pangkat

takziah diucapkan kepada azrinaz dan diharap tabah menempuh dugaan pada masa akan datang..

wonder girls nak datang malaysia!!!!!!



kami percaya tentu rakyat kat malaysia meminati wonder girls yang agak femes dengan lagu nobody..and for your information guys,diowang akan datang ke sunway lagoon untuk MTV WORLd STAGE pada 31 julai ni...tiket akan dijual bermula sekarang and uolssss yang berminat can get it ok...

Tuesday, June 15, 2010

resepi membuat ais krim

Bahan-bahan :

1/2 kotak tepung coffeemate
1 botol susu perasa strawberry atau coklat
1 cawan tepung aiskrim/nesco ( tak ada pun tak pe)

Gaul dalam bekas dengan senduk.
Masukkan dalam peti ais.
Bila separuh beku, kisar/gaul dengan mixture [pengisar].
Masuk dalam peti ais semula.
Setengah beku gaul lagi.
Masuk dalam peti ais hingga jadi eskerim.
Bole le makan sebagai pencuci mulut dengan koktel atau cola float atau nescafe float...

kek kukus coklat lembab

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 11/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak@butter cair
  • esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila.pukul sebati.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....
  7. SeLaMat MeNcUbe....

resepi kek cawan vanila

Ramuan:

Kek:

  • 150g Mentega, dilembutkan sedikit
  • 150g Gula Kastor
  • 3 biji Telur
  • 180g Tepung naik sendiri
  • 50ml Susu
  • 1/2 sudu kecil ekstrak Vanila

Aising:

  • 20g Mentega
  • 60g Keju berkrim, dilembutkan pada suhu bilik
  • 70g Gula Aising
  • 2 sudu besar pati Blackcurrant Ribena

Cara Menyediakan:

  1. Putarkan mentega dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pastikan setiap biji telur dipukul sebati sebelum memasukkan telur yang seterusnya.
  2. Masukkan separuh tepung yang sudah diayak, tambahkan susu dan vanila sebelum memasukkan baki tepung. Kaup dan balikkan adunan sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan kek cawan (dialas acuan keras) sehingga 3/4 penuh. Bakar didalam ketuhar (190′c) selama 12-15 minit atau sehingga kek naik dan berwarna keemasan. Biarkan ia sejuk.
  4. Campurkan mentega dan keju berkrim dan pukul sehingga licin. Kemudian, tambahkan gula aising dan pati blackcurrant Ribena- pukul sehingga sebati.
  5. Sapukan aising ribena ke atas kek yang telah disejukkan. Untuk kesan menarik, titiskan beberapa titik pati blackcurrant Ribena di atas lapisan aising dan kacau aising dengan menggunakan pengcungkil gigi.

Resepi Kek Cawan Coklat Brownie dengan Krim Putar Mentega Coklat


4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
1/2 cawan mentega (unsalted), potong kepingan-keping
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (size besar)
3/4 cawan tepung serba guna
1/4 sudu teh garam

Panaskan ketuhar untuk 325° F
Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklan dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.


Krim Putar Mentega Coklat

1-2 sudu makan susu
1 sudu makan serbuk koko
6 sudu makan mentega lembut
3/4 cawan serbuk gula (gula aising)

Coklat cip untuk hiasan.

Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.
Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat seperti dalam gambar di atas. Tabur coklat cip untuk hiasan.

resipi ayam masak tomato


ok...hari ni i akan share how to make ayam masak tomato..hope you guys will enjoyed it





Bahan-bahan:
1 ekor ayam
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
2 bawang besar – hiris bulat-bulat
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
1 sudu makan gula
5 cm halia
1 bunga lawang
2 cm kayu manis
½ cawan mnyak masak
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
2 cawan kacang peas
3 cengkih
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak


Cara penyediaan:

1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk/kisar cili kering hingga halus. Tumbuk kasar bawang merah dan halia.
4. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama cengkih dan bunga lawang.
5. Masukkan santan dan masak hingga mereneh.
6. Masukkan tomato sos, gula, garam dan kayu manis. Kacau selalu.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit.
8. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang peas.
9. Balik-balikkan ayam hingga sebati dengan kuah merah. Tutup api.
10. Hidangkan dengan nas

tips kulit cantik dan sihat

nak kulit sihat? tak perlulah sampai pergi berhabis duit dekat beauty saloon. kononnya nak manjakan diri. kalau kita sendiri pandai jaga kulit, tak akan ada masalah kulit suram atau sebagainya. yang penting, kita kena selalu manjakan diri dengan cara kita sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja ratus-ratusan ringgit. jom kita cuba tips yang dikongsikan oleh intrend ni!
  • makanan sihat

elakkan atau kurangkan makanan yang boleh menyebabkan muka berjerawat dan kulit berminyak. contohnya coklat, kentang goreng and minuman soda. banyakkan makan sayur (ehem) and buah-buahan, ia lebih mendorong untuk mendapatkan kulit sihat.

  • senaman and minum plain water

bersenam secara teratur mempengaruhi kesihatan kompleks kulit muka. selain itu, penting untuk you guys tahu, you guys kena minum lapan gelas plain water sehari. bila darah dalam badan berjalan lancar, ia boleh menjadikan kulit kita berseri balik. you guys juga kena tahu, bersenam and minum plain water boleh mengurangkan stress tau.

  • cuci muka sebelum tidur

haaa. siapa yang tak pernah cuci muka sebelum tidur? muka still ada blusher, ada mascara, eyeliner, lipstick, lepas tu terus tidur. bukan setakat pemalas, pengotor pun ada jugak heh. biasa-biasakanlah diri tu untuk basuh muka dengan air suam sebelum tidur. pembersih muka mestilah sesuai dengan kulit. and then sapukan penyegar, diikuti dengan pelembap. sekali seminggu, gunakan scrub atau revive gel untuk membuang kotoran lama yang menempel pada muka dan mengecilkan liang pori.

  • tidur yang cukup sangat penting

tidur yang cukup adalah tidur selama lapan jam setiap malam. confirm esok pagi you guys bangun dengan segar. bangun tidur tu jangan lupa mulakan hari dengan senyuman. sambil menggeliat tu, sambil senyumlah and cakap pada diri “have a nice day”. hihi. rasanya you guys tahu lah kot kalau tidur yang tak cukup boleh menyebabkan lingkaran hitam bawah mata.

  • lindungi kulit daripada cahaya matahari

penting sekali melindungi kulit daripada sinaran matahari yang menyebabkan berkeriput, terbakar dan kemerah-merahan. gunakan cream dengan spf 15.